Click Here

Thursday, 12 May 2011

Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak

Setelah hampir lima bulan aku tidak berada di Sarawak Bumi Kenyalang ini
banyak perubahan telah berlaku terutamanya dari segi pembangunan
Tanah-tanah terbiar yang dulunya ditinggalkan sekarang terpacak tiang-tiang konkrit
tapak-tapak pembinaan yang dulunya hanya ada rangka bangunan kini telah siap sempurna
kawasan-kawasan yang dibiarkan diterokai untuk mendirikan bangunan
Di Samarahan pula akan didirikan sebuah shopping Complex yang dinamakan "The Summer"
Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah Pusat Jantung yang dimiliki oleh Hospital Umum Sarawak (HUS)
Memang gempak bagi aku sebab Sarawak hanya sebuah negeri namun mempunyai Pusat Jantung tersendiri.
Aku sempat melawat dan "menembak" beberapa gambar dikawasan tersebut.
Bangunan yang sepatutnya dijadikan sebagai "Sarawak International Medical Centre" telah diambilalih
oleh Hospital Umum Sarawak dan dijadikan Pusat Jantung dimana menempatkan Pakar-pakar jantung
dan memudahkan warga Sarawak yang mengalami masalah yang berkaitan.
Pusat Jantung ini merupakan anak kepada Institut Jantung Negara yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
IJN diuruskan sepenuhnya oleh IJN Holdongs Sdn. Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh menteri kewangan Malaysia.
Berikut merupakan gambar-gambar Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.






Hafiz Copyright~

Monday, 2 May 2011

Tips Penjagaan DSLR Anda.


Tahukah anda bahawa untuk mendapatkan Gambar yang terbaik 
melalui Kamera DSLR anda, anda perlu memastikan DSLR 
anda bersih dari segala debu dankotoran.
Ini kerana, debu atau kotoran yang terdapat pada Kamera anda akan menjejaskan
Autofocus pada Kamera anda sekali gus menjejaskan Gambar yang diambil.
Di sini saya akan kongsikan serba sedikit tentang tips-tips penjagaan kamera anda:


1) Apa yang paling penting untuk memulakan pembersihan pada kamera anda ialah anda 
perlu ada sebuah Kamera DSLR, Lens pen dan blower.Maaf, saya tiada blower.


2) Kemudian tegakkan Kamera anda seperti diatas untuk memudahkan
anda membuka lens.


3) Tekan Butang membuka lens anda dan pusingkan mengikut arah lawan 
jam bagi Kamera Canon, Nikon dan Sony Alpha.
(Pastikan anda tidak menyentuh Kaca dalaman Lens dan Reflector dalam body kamera anda)


4) Pusingkan mengikut arah lawan jam dan angkatkan Lens anda dalam keadaan menegak.


5) Pegang lens anda pada bahagian yang betul dan elakkan menyentuh bahagian 
dalaman Lens anda. 
*Untuk hasil yang lebih baik, anda di galakkan melakukan aktiviti ini pada suhu bilik.



6) Ini merupakan Lens Pens dimana lens pen ini merupakan satu alat untuk 
membersihkan lens anda dengan mudah kerana ianya turut dilengkapi dengan berus lembut
untuk membuang debu atau kotoran.
*Lens Pens boleh dibeli di mana-mana kedai DSLR dengan harga lebih kurang RM30.
atau PM saya untuk membeli Lens Pens dengan Harga RM30.


7) Buangkan debu atau kotoran pada dalaman lens anda menggunakan berus lembut
kerana berus ini boleh mengelakkan ens anda daripada calar halus.
*Untuk hasil terbaik, terbalikkan Lens anda supaya debu mudah jatuh.


8) Lapkan bahagian dalaman lens anda menggunakan Carbon Cleaner yang ada pada Lens Pen
*Carbon cleaner ini merupakan pencuci lens terbaik jika dibandingkan
dengan kain kerana ianya mengandungi karbon yang boleh melindungi lapisan luar Lens anda.


9) Terbalikkan DSLR anda untuk membuang debu dalaman Body Kamera anda.
*Gunakan Blower kit untuk meniup debu dan kotoran dalam kamera anda.


10) Setelah anda selesai mencuci Kamera anda, Pastikan anda terus memasang semula Lens
pada Kamera anda atau menutup Mount kamera anda dengan Lens Cap.
*Ini adalah untuk mengelakkan kamera anda terjejas dari debu dan kotoran
Pastikan anda memasukkan Lens mengikut Tanda yang ditetapkan seperti 
di dalam gambar, tanda kecil berwarna putih perlu selari 
dengan lens anda.


11) Selesai sudah anda mencuci Kamera anda dari debu atau kotoran.
Mudah kan?


*Bagi mengelakkan kamera anda bebas dari debu dan kotoran, pastikan kamera anda disimpan dalam Beg atau Dry Cabinet/ Dry Box. Selain itu, anda perlu memastikan kamera anda tidak berada dibawah suhu bilik kerana Fungus mudah menjangkiti Lens anda dibawah suhu bilik. Anda juga boleh meletakkan Silica Gel didalam beg anda supaya boleh menyerap lembapan dan memastikan kamera anda sentiasa kering.

(Prepared by Hafiz)

Aku Yang Tak Pandai Bercerita 2

         Pagi yang dingin pada 2 Mei 2011 dan selamat hari pekerja di ucapkan kepada sesiapa yang bergelar pekerja. Kuli, bos, akauntan, petani, semuanya pekerja walaupun bekerja sendiri atau bawah orang lain. Semuanya dinamakan pekerja. Nak diceritakan pasal kisah cinta pertama aku (tergelak sorang-sorang awal pagi ni).  

         Aku mula-mula menceburi bidang percintaan dari zaman sekolah lagi. Walaupun aku tidak berpengalaman dalam bidang ni, namun aku tetap cuba untuk menceburinya sebab aku rasa bidang ni boleh di katakan agak menyeronokkan. Kisah ini berlaku ketika aku masih berada di tingkatan satu ketika itu aku bersekolah di sekolah berasrama penuh. Namun, kisah ini bukan berlaku dengan pelajar di sekolah tu jugak. Hahaha. Pada satu malam tersebut, malam hujung minggu dimana ada kenduri perkahwinan diadakan (skema la pulak). Seperti biasa di kampung-kampung, kalau ada kendurinya, mesti ada pertandingan karaoke. Pada malam tersebut aku tidak lah join pertandingan tersebut. Almaklumlah dah tua dan bersara (sedangkan baru tingkatan satu).

          Nak disambungkan cerita, adalah seorang budak perempuan ni, agak comel dan dia turut menyertai pertandingan karaoke tersebut. Apaila sampai giliran dia, Perghh! alunan suara merdu menusuk kalbu memikat hati jantung dan hempedu hinggakan aku terpesona seperti dibuai ayunan buaian di taman permainan.  Memang ada KELAS suara beliau! hahhaa. Aku ni jual mahal, aku tak terpikat pun dengan dia tu (chewah!). Selesai pertandingan itu, aku pun balik dan pemenang diumumkan keesokan harinya pada hari persandingan pengantin.

         Pada keesokan harinya aku datang semula ke untuk makan FREE. Biasalah kenduri kan? Aku dapat ahu bahawa budak perempuan tu yang menjadi juara pertandingan tersebut. Ni makcik aku yang gatal ni, ada ke patut dia umumkan siap guna mic kat situ untuk jemput aku menyanyi. Memang malu tahap gaban aku waktu tu tapi apa boleh buat, kawan-kawan aku dah tarik aku kesana. Aku nyanyilah. Bila ditanya lagu apa, tanpa segan-silunya aku cakap kat pakcik jaga audio sistem situ aku nak lagu duet. Dia tanya aku nak berduet dengan siapa? Dengan tanpa segan-silu sekali lagi aku guna mic panggil budak perempuan yang menang pertandingan karaoke tu. Nyanyi punya nyanyi, serius aku kata, memang best suara dia. Lunak nya macam makan durian yang lunak.

          Habis je nyanyi, aku pun blah meninggalkan tempat tersebut (malu siot!). Dan aku pun balik kerumah untuk mengemaskan barang-barang untuk kembali ke asrama. Aku selumber je, tak kisah langsung pasal perempuan tu, almaklumlah aku masih muda kan? Tak fikir langsung nak ngorat mengorat nih. Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan berlalu akhirnya aku sekarang sudah menjadi pelajar tingkatan dua.  Ketika aku balik ke kampung halaman tercinta, aku menerima sepucuk pistol dari budak tu. Eh, sepucuk surat yang dikirimkan khas oleh nya melalui rakan beliau yang juga rakan aku. Perghh! Sekali baca dia cakap suka kat aku (perasan sebentar) dan dia kata nak berkawan dengan aku.

         Jahatkan kalau aku tak nak bila orang ajak berkawan? aku pun berkawanla dengan budak tu dan banyak jugakla tahu pasal dia. Dia tak tinggal di kampung ni tetapi dia tinggal di Kuching dan dia hanya datang pada hujung minggu untuk menjenguk datuk dan nenek dia. Tak apa, selagi berkawan, aku memang tak kisah la dia balik ke tak. Lama-kelamaan bunga-bunga cinta pun berputik. Akhirnya aku dan dia sekarang dah jadi Couple dan dia awek pertama aku. Lama jugak kita orang jalinkan hubungan dan kalau tak silap aku sampai aku tingkatan 4. Banyaklah rintangan dan dugaan yang dialami sebab aku dan dia jarang bertemu dan utusan bertanyakan khabar pun hanya melalui surat (pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas) hahaha.

         Cinta punya cinta, akhirnya putus juga. Aku tak tahu kenapa, dia tinggalkan camtu je. Bosan kot. Mungkin jugak sebab maklumlah jarang berhubung sebab dia tak ada handphone. So, jangan salahkan aku untuk tidak berhubung. Aku ni selumber je, kalau putus, putuslah. Korang nak aku buat apa? hahhaa.. Begitulah detik-detik kisah cinta pertama aku. Maaf sebab cerpen ini terlalu skema sebab aku tak pandai nak bercerita. Sekian~

Sunday, 1 May 2011

Adakah Umur Menjadi Penghalang?

       Haaa~ Asyik-asyik baca cerita orang.. asyik-asyik orang je bercerita pasal hidup dia orang.. aku pun xlepas dari cerita aku. Nak dikongsikan dengan korang ni satu cerita. Lepas aku habis SPM, aku ni hanya duduk menanam anggur di kampung. Jaga adik kecilku sebab ibu bapa aku tak benarkan aku bekerja. Aku ni anak yang baik, jadi aku ikut seperti apa yang ibu bapa aku suruh. hahaa..(perasan baik).

       Aku ni ada minat kat sorang awek ni. Budak kampung aku jugak. Aku memang tak pernah tahu nama dia dan memang tak kenal dia. Dia jarang datang ke kampung sebab dia bukan tinggal kat kampung ni, tapi dia datang untuk menziarahi datuk dan nenek dia. Nak di pendekkan cerita, aku ni menjalankan perniagaan kecil-kecilan di kampung dengan hanya menjual burger. Semenjak aku jual burger ni, ramai jugak la awek-awek kampung yang aku baru kenal. Bukan apa, dulu aku bersekolah asrama penuh, sebab tu aku tak kenal sangat dengan awek-awek kampung ni. Tambahan aku ni pemalu. Berbalik pada cerita awek yang aku minat ni. Dia tu cun jugak tapi tak la cun sangat macam Lisa Surihani yang aku minat sangat tu. Satu hari tu, dia datang ke gerai burger aku dan korang faham-faham la naper dia datang. Mestilah beli burger kan? haha.. Aku pun berbual-bual dengan sepupu dia yang aku memang kenal sebab dia tinggal kat kampung ni.

     Lama-lama berbual sambil buat burger, awek tu pun "join" sekaki berbual dengan kita orang. Lepas dia aku pun tanya la pasal dia. Apa-apalah pasal dia, seperti tinggal dimana, masih belajar ke apa dan aku dapat tahu umur dia 23 tahun. Tua 5 tahun dari aku sedangkan aku baru 18tahun. Tak kisah la pasal umur sebab bagi aku umur ni bukan penghalang.Tahun bertahun berlalu, aku dah sambung belajar tapi hanya masuk ke tingkatan enam di sekolah berhampiran dengan kampung aku. Dia sekarang dah masuk umur 24 dan aku dah berumur 19tahun. Aku akhirnya dapat nombor telefon dia. Bermula hari tu, aku kerap berhubung dengan dia dan pada suatu malam tersebut aku dapat tahu dia pun suka kat aku. Apa lagi,bermulalah kisah hidup aku dengan dia sebagai pasangan kekasih.

     Aku jarang berjumpa dengan dia sebab STPM dah dekat. Nak dikatakan, lama juga aku bercinta dengan dia. Hanya pernah sekali aku keluar dengan si dia. itu pun aku masih Lower 6 waktu tu. Aku memang sayang la kat dia dan pernah sekali dia merajuk kat aku sebab tak wish birthday kat dia. Aku tak sengaja kot sebab malam tu aku tertidur dan aku hanya wish pada pagi tersebut. Dia langsung tak hubungi aku sampai kawan dia mesej kat aku dan marahkan aku. Aku tak sengaja ok? takkan perkara tu nak dibesar-besarkan? Mula hari tu, hubungan aku dan dia mula ranggang. Dia jarang berhubung dengan aku dan aku tak tahu sebab apa.

    Sampai hari tersebut, dia menghantar mesej dan menyatakan kata putus untuk berpisah. Aku memang sedih giler waktu tu dan aku tak tahu nak kata apa. Jadi, lepas hari itu, aku memang tidak berhubung terus dengan dia sehingga aku mula menamatkan tingkatan enam dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA. Masuk semester kedua, dia menghubungi aku bertanyakan khabar. Agak terkejut dan aku mengambil kesempatan aku bertanyakan alasan dia meninggalkan aku dulu. Dia memberitahu yang alasan dia memutuskan hubungan disebabkan faktor umur. Aku memang dah agak dah pada waktu dulu. Jadi,itu kisah lama dan aku tak nak ungkitkan lagi. Aku dah lupakan semua tu dan walaupun sekarang aku masih tiada girlfriend, namun aku dah suka kat sorang awek. Dia pun lebih tua dari aku tapi hanya berbeza 2 tahun. Bagi aku, aku memang tak pernah kisah pasal umur tetapi aku tak tahu pulak dia macam mana sebab sekarang aku masih hanya berkawan dengan dia.

      Buat pengetahuan korang semua, walaupun korang sebagai wanita yang lebih tua, tidak bermakna korang lebih matang berbanding lelaki yang lebih muda. Tidakkah korang sedar bila korang dapat suami muda nanti, dia masih bertenaga untuk menjaga korang yang sudah tua? hahaha.. SEKIAN~