Click Here

Friday, 24 June 2011

Kisah Orang Buta

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Abu, pemilik
restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan
menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong
bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.
Abu mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan
memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata,"Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............Dengan agak terperanjat Abu mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran
tersebut. Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.
Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan
yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Abu memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan.""Dasat juga mat ni"Bisik Abu dalam hati. Abu mengiyakan sambil
merenung lubang hidung sibuta. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya
datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Abu muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Leha, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu".
"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Leha tak faham.
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata
Abu setengah memaksa. Leha, tanpa confident, mengusapkan sudu
tersebut di'ketiak!nya' dan menyerahkan kembali kepada Abu. Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta itupun menghidu sudu itu, dengan mengernyitkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, "Sungguh ku tak sangka menyangka makwe lamaku Leha bekerja disini...... boleh aku jumpa dia kejab tak?"
Boleh la! boleh la! boleh la!

Tuesday, 21 June 2011

Untuk 18 tahun ke atas sahaja

          Tersebut sebuah kisah percintaan seorang pemuda dengan seorang dara. Percintaan mereka selama ini hanya melalui perantaraan adik perempuan si pemuda saja. Setelah rasa cinta tersebut bertambah mendalam si pemuda telah nekad untuk berjumpa dengan ibu-bapa si dara untuk membawa sidara keluar berjalan-jalan.

            Maka pada hari yang sesuai pergilah si pemuda kerumah si dara dan meminta izin daripada ibu-bapa si dara. Ibu-bapa sidara membenarkan anaknya keluar dengan si pemuda tetapi sebelum keluar ibu si dara memanggil anaknya masuk kedalam bilik untuk di beri nasihat. Ibunya pun mengatakan pada sidara "Dia mesti bawa kamu berjalan-jalan, kemudian bawa kamu makan, kemudian bawa kamu tengok wayang selepas itu dia tentu bawa kamu balik kerumahnya dan bawa kamu masuk biliknya dan dia pun akan membuka pakaian kamu ......... ini yang emak bimbangkan" kata si ibu. Sidara pun menjawab "baiklah lah mak saya ingat kata mak.
          Selepas itu si pemuda pun membawa sigadis tersebut keluar alangkah sukanya hati si pemuda kerana dapat membawa gadis idaman keluar. Lebih kurang pukul 10.00 malam barulah si pemuda menghantar balik sidara. Sesampainya saja di rumah ibu si dara terus saja membawa anaknya masuk ke bilik dan bertanya kenapa lambat dan pergi mana. Maka sidara pun menjawab " betulah seperti mak kata, dia bawa saya jalan-jalan, bawa saya makan, bawa saya tengok wayang kemudian bawa saya balik rumaknya dan bawa saya masuk biliknya dan kemudian dia mula membuka pakaian saya, saya pun teringat tentu mak bimbang. Tapi mak jangan bimbang saya pun buka pakaiannya jugak supaya mak dia bimbang juga...........

Thursday, 16 June 2011

Kisah Babi

Kisah yang menarik yang perlu diambil perhatian!!!


Suatu hari, Imam Muhammad Abduh berkunjung ke Perancis. Para penduduknya bertanya tentang rahsia diharamkan babi dalam Islam. mereka berkata, Umat Islam mengatakan babi itu haram kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikrob-mikrob dan bakteria-bakteria lainnya. Namun sekarang, babi-babi yang dibesarkan dalam penternakan modern dikembangbiakkan dengan kebersihan yang terjamin dan melalui proses sterilisasi yang cukup. Ianya tidak mengandungi bakteria dan cacing pita yang membahayakan kesihatan lagi". Dengan kepandaian yang dimiliki oleh Imam M. Abduh, beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina, serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina. Mereka bertanya, " Untuk apa ?, beliau menjawab, " Penuhi permintaan saya! Dan saya akan perlihatkan suatu rahsia yang kalian inginkan!!!". Imam M. Abduh menyuruh mereka melepaskan dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina. kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling serang. Keduanya berusaha untuk mendapatkan ayam betina dan mempertahankan harga dirinya sehingga salah satu dari keduanya nyaris mati. Kemudian M. Abduh menyuruh mereka mengurung ayam-ayam tersebut sambil meminta mereka melepaskan dua ekor babi jantan dan babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan! Dua babi jantan itu tidak saling serang dan berkelahi, tapi bekerjasama malah saling bantu-membantu untuk melaksanakan 'hajatnya' masing-masing, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri untuk menjaga babi betina dari temannya. Dalam benak keduanya muncul sifat jahat untuk merenggut kehormatan sang betina. Kesimpulannya, daging babi membunuh 'ghirah'(cemburu) orang yang memakannya. itulah yang terjadi sekarang ini.Kita mungkin pernah berjumpa seorang lelaki yang ketika melihat isterinya atau anak perempuannya berpeluk dan berjalan dengan lelaki lain yang bukan mahram, hanya membiarkan sahaja tanpa rasa cemburu dan was-was.
Mungkinkah SIFAT-SIFAT BABI SUDAH MENULAR ?
Wallahualam.
Jadi berhati-hatilah dengan makanan anda... .




Tuesday, 14 June 2011

Kisah Bantal

  Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka
juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada
sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!

Nama Dah "PEREMPUAN"

CONTOH2 AYAT TERSIRAT PEREMPUAN..
Kalau dah namanya perempuan... ... ...

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke,budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah.
Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you a.Rasa macam
nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan
aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang
seronok.

10. Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu.
Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil,aku tak kira!
Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Asyik Perempuan Nak Lelaki Tahu.. Ni Untuk Tatapan Perempuan Luar Sana

Betul ke ni wahai lelaki... ... Andainya perempuan tahu... ... ... Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita... Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan.. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Biaserrrrlah..walaupun Umie pompuan sometimes we have to give space for guys to understand us especially to particular person who will or might be our future husband..Let them study us and let us study them..Don't build a barrier between u and him... Kay..Hope this article might open wide ur mind about those guys out there..Not all of them is bad just a few... like us...

Kisah Budak Hitam

Kisah ini berlaku di Gurun Sahara

Seorang budak itam (itam sangat) telah terselamat dalam kemalangan ngeri sebuah kapalterbang yang dalam perjalanan dari Cairo ke Afrika Selatan.
Setelah berjalan di gurun selama 3 hari tanpa makanan, minuman dan kawan-kawan... beliau sudah hampir putus asa utk meneruskan hidup. Mata sudah kabur..kepala sudah sakit di bakar bahang mentari... lidah sudah kering ibarat roti kering (modes)..hehehehehe

Kaki sudah tidak larat untuk berjalan, digagahi jugak dengan merangkak ...

ditakdirkan Tuhan, beliau tersondol dengan sebiji botol jin (yes botol jin, bukan pelita)... lalu dibukanya botol tersebut dengan harapan adanya sisa-sisa air..tetapi hampa ..yang ada cuma asap putih yang terkepul-kepul keluar....

Dengan samar-samar kelihatan seorang (seorang?) jin muncul dari celah-celah asap putih, lalu terkejut beruklah si mamat nih..lalu cuba diangkat kakinya untuk lari langkah seribu tetapi apakan daya...

Maka si jin terlihat manusia yang kelam kabut nak cabut, maka kasihanlah akan dirinya pada manusia tersebut lalu berkata " Ho Ho Ho Ho .. wahai manusia...janganlah engkau takut akan diriku ini, adapun diriku ini bukanlah dari golongan jin yang jahat, aku ini jenis jin yang mengenang budi" .

Si mamat tuh kelu tak terkata kerana disebabkan takut dan letihnya badan.
Melihat kondisi mamat nih yang hampir mati terkejut dan kepenatan, maka jin pun ingin membalas budinya.

"Wahai manusia, disebabkan engkaulah aku dibebaskan, oleh itu aku tawarkan 3 permintaan untuk engkau, mintalah..akan aku tunaikan" , kata si jin.

Mendengar sahaja tawaran yang diberikan itu, maka budak itam menjadi segar bugar dengan serta merta lalu berkata: " Wahai jinnnnnnn...... adapun hanya 3 sahaja tawaranmu, akan ku minta dengan sebaiknya. Dengar baik-baik permintaan ku ini:
Pertama sekali, aku ngin jadi putih ...yeeee putih
Kedua aku ingin melihat bontot perempuan banyak-banyak dan...
akhir sekali ..aku ingin air.... yeaaa ..air yang banyak sepanjang hidupku....

Lalu jin berfikir sejenak ...lalu berkata: " Yup, seperti yang diminta oleh mu, akan ku tunaikan dengan segera. Cuba engkau pejamkan mata..setelah engkau bukakan matamu, hajatmu akan terkabul.......HAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAAA gulp......

Lalu jin itu pun ghaib dan tanpa melengahkan masa lagi, mamat ini pun segera pejamkan mata....
TING**
dibukanya mata..alangkah terkejutnya dan marahnya dia ...kerana jin itu telahpun menunaikan hasratnya dengan menjadikannya............................

Hikayat Cerita Pendek


 Bas Dua Tingkat

   Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.
Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada
tempat duduk.

Nenek:   Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.

Cucu:     Mengapa nenek?

Nenek:   Di tingkat atas tidak ada pemandu!



Lima


Abang:   Sudahkah adik menduduki ujian Matematik?

Adik:     Sudah.

Abang:   Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul?

Adik:     Hanya lima soalan sahaja yang salah.

Abang:  Wah! Baguslah kalau begitu. Berapakah jumlah soalan dalam
             kertas ujian adik itu?

Adik:     Lima.

Abang:   !!!!!





Unta

   Ibu unta dan anaknya sedang berbual-bual. Anak unta kemudian
bertanya kepada ibu unta,

Anak Unta:  Ibu mengapa ketiga-tiga jari kaki saya besar?

Ibu Unta:     Anakku, apabila kita berjalan di padang pasir yang
                   pasirnya tidak pejal, jari kaki kita akan mengelakkan badan kita
                   daripada tenggelam ke dalam pasir.

Anak Unta:  Hmm..benar juga kata-kata ibu ya. Ibu mengapa bulu mata
                   saya panjang?

Ibu Unta:    Untuk mengelakkan mata kita daripada dimasuki pasir
                  apabila kita berjalan di padang pasir.

Anak Unta:  Oh, begitu. Ibu mengapa saya mempunyai benjolan yang
                   besar di bahagian belakang saya?

Ibu Unta:    (Sedikit marah) Benjolan itu membantu kita menyimpan lemak
                  supaya kita boleh bertahan tanpa meminum air dalam perjalanan yang
                  jauh.

Anak Unta: Oh! Saya rasa sungguh bertuah! Kita mempunyai tapak kaki
                  yang besar supaya kita tidak tenggelam ke dalam pasir, bulu mata
                  yang panjang supaya pasir tidak masuk ke dalam mata dan benjolan ini
                  untuk menyimpan air.tetapi ibu.

Ibu Unta:    Apa lagi sayang?

Anak Unta: Mengapa kita berada di dalam taman haiwan?!




Sekolah

  Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi
berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu:     Salam.Salam.bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salam: Alah emak. Salam tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu:     Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua
           sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.

Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun
           tidak suka pada Salam!

Ibu:     Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat,
           bangun sekarang!

Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa
           Salam mesti pergi ke sekolah.

Ibu:     Eh.eh. bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama
           Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!