Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.
Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada
tempat duduk.
Nenek: Eh...sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!
Lima
Abang: Sudahkah adik menduduki ujian Matematik?
Adik: Sudah.
Abang: Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul?
Adik: Hanya lima soalan sahaja yang salah.
Abang: Wah! Baguslah kalau begitu. Berapakah jumlah soalan dalam
kertas ujian adik itu?
Adik: Lima.
Abang: !!!!!
Unta
Ibu unta dan anaknya sedang berbual-bual. Anak unta kemudian
bertanya kepada ibu unta,
Anak Unta: Ibu mengapa ketiga-tiga jari kaki saya besar?
Ibu Unta: Anakku, apabila kita berjalan di padang pasir yang
pasirnya tidak pejal, jari kaki kita akan mengelakkan badan kita
daripada tenggelam ke dalam pasir.
Anak Unta: Hmm..benar juga kata-kata ibu ya. Ibu mengapa bulu mata
saya panjang?
Ibu Unta: Untuk mengelakkan mata kita daripada dimasuki pasir
apabila kita berjalan di padang pasir.
Anak Unta: Oh, begitu. Ibu mengapa saya mempunyai benjolan yang
besar di bahagian belakang saya?
Ibu Unta: (Sedikit marah) Benjolan itu membantu kita menyimpan lemak
supaya kita boleh bertahan tanpa meminum air dalam perjalanan yang
jauh.
Anak Unta: Oh! Saya rasa sungguh bertuah! Kita mempunyai tapak kaki
yang besar supaya kita tidak tenggelam ke dalam pasir, bulu mata
yang panjang supaya pasir tidak masuk ke dalam mata dan benjolan ini
untuk menyimpan air.tetapi ibu.
Ibu Unta: Apa lagi sayang?
Anak Unta: Mengapa kita berada di dalam taman haiwan?!
Sekolah
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi
berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salam.Salam.bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak. Salam tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua
sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun
tidak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat,
bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa
Salam mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh.eh. bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama
Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!
No comments:
Post a Comment